Ridiculousness //
Day 7: Your favourite childhood toys
19 May 2015 ✿ 0 comments
Harry Potter

Assalamualaikum wbt.

Hello. I ada lagi hari ni hehehe alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan :') #tazkirah5:20pm. Insyaallah aku akan update blog sampai 24/5 ni. Start 25/5 ni tak sure boleh ke tak sebab dah masuk matrik emm. Hwaaa tak ready lagi sebenarnya nak continue study ni. Nak cuti lagiii hmm maklumlah aku ni tak pernah lekang dari rumah. Tak pernah duk asrama huhu. Kini tiba masanya untuk aku hidup berdikari hehe.

Okay dia nak apa? Dia nak fav childhood toys... Kita bagi! Nak ingat semua memang tak ah tapi ada lah beberapa. Huhu


  • Kereta control 

Perghhhhh. Rindu gila nak main benda ni. Time aku kecik kecik dulu parents belikan 2 3 kali semua jahanam sebab main dalam rumah asyik langgar kerusi haha. Kalau parents aku rajin bawak gi dataran baru main kat sana. Best dooooooo rugi sape tak layan haha.

  • Belon tiup

Haa yang niii aku dgn kakak aku mmg favourite gila time kecik kecik. Asal pergi kedai runcit je cari benda alah ni. Kiteorg struggle mintak abah belikan. Tiup besar besar pastu main baling baling. Paling tak suka kalau dia masuk angin and jadi keras hahaha

  • Patung kertas

Hehehe benda ni pun best. Even dia kertas tapi kita boleh pakaikan dia baju. Totally best doh. Ye ah dulu nak beli barbie doll tak mampu. Mampu beli ni je. Beli bebanyak pastu kumpul. Serious besttt! Ahh rindu nak main haha

  • Dam ular

Yang ni best main reramai kat sekolah. Bila cikgu takde je bukak benda ni main. Paling suka bila dapat tangga and paling geram bila dapat ular hahaha. Rindunya nak main niii. And yang lebih kurang macam ni is monopoli, saidinan, billionaire or jutaria. Oh mannnn! Best wehhh lagi lagi bila dapat jadi bank, jadi orang yang pegang tanah, pegang rumah. Beli tempat tempat best. Buat rumah buat hotel. Aaaa serious rindu wehhh huhu.

  • Kad donkey, snap, happy family, old maid

Empat empat kad ni memang legend ah. Time sekolah rendah dulu dulu selalu bawak gi sekolah. Paling suka happy family sbb nak satukan 'one happy family at home' hehehe. Even time sekolah menengah pun still main lagi ahaha. And one more is UNO. Yang tu moden sikit. Paling best main spit. Spit ke speed tah hahaha.

Okay 5 cukup lah. Actually banyak lagi sebenarnya game yang aku main dulu. Dari toys ke games hahaha lantak lah. Selain tu aku main jugak congkak, batu seremban, ting ting, ceper, baling selipar, main pondok pondok, sep tiang, ice water. Weh banyak lagi lahhh. Sape yang tak pernah main time kecik kecik dulu tu memang rugi wa cakap sama lu haahaha. Post ni buat aku rindu zaman kegemilangan aku dulu huhuhu. K tu je kot. Bye bye assalamualaikum :3

Gambar from google k. Not my own images.







OLD | NEW
Author.



Assalamualaikum humankind. You're currently in my blog now. Nothing special and you'll not into it at all. Hewhew :p

oter lev hom




Find me @

twitter: @macaaaz
facebook: marlyana syaza
instagram: msyza_

degree's life begin.


Stop by.