Ridiculousness //
Pamily Day
01 May 2012 ✿ 1 comments
Assalamualaikum.


Semalam kan semalam kan semalam kan Hari SABTU haritu, Aku pergi Family Day Pengawas Pusat Sumber dan Kelab. Woooooih, Super Spontan. Eh silap, Super Duper Best!

Dalam 7 lebih cenggitu, Tok Wan dah sampai dekat bustop. Dia ambik aku. Thanks buddy ^ ^Y Time ontheway, dalam kereta Tok Wan ni. Fulamak! Hambik kau. Loghak Klate keluor. Pekat pulak tu Klate dia. Abe sedara dia campur dia campur adik dia speaking Klate memang mapuh tok pehe ^ ^' K dah sampai Taman Putra Perdana. Wowwww! Aman gilaaaa. Sejuk gilaaaaa. Tenang gilaaaaa. Semua gilaaaaa :'D

First thing kiteorang buat, jogging ;D *bajet je padahal aku bukannya jogging pun :p* k ignore ignore! Aku, Tok Wan dengan akak-akak senior beberapa orang, tak jogging pun. Alasannya "Nanti makanan-makanan kat sini siapa nak jaga?" Haha :D Aaalasaaaan lebeyh \m/



Lepas diorang dah jogging, kiteorang buat ICE BREAKING *entah betul ke tak ejaan tu. lantak le* Kiteorang kena berbaris 1 barisan perempuan, 1 barisan lelaki. Kak Nabilah bagi arahan, kiteorang kena ikut cakap dia. Contohnya macam dia kata "Berbaris ikut warna kegemaran!" Kiteorang pun terkedek-kedek beratur ikut warna kesukaan. You get it or not? Haktuih! Speaking macam budak tadika. Kau kena terima hakikat Yaw, yang kau ni tak reti nak speaking *sob sob* Dalam Ice Breaking ni lah kiteorang ditentukan kumpulan. Kiteorang kena tutup mata lepastu ambik mana-mana belon dalam tu. Dalam tu ada 4 warna belon. Hijau, biru, oren, pink. Jeng jeng jeng! I got the blue one teheee :D *actually tak kisah pun warna apa dapat*





Lepas dah masing-masing dapat kumpulan, kiteorang start main game. Weeeeee weeeeeee! ^O^ Our 1st game is TIUP BELON SAMPAI BOOOOOOOOM! PECAH *wink wink* Setiap group kena hantar 4 ahli je untuk main ni. Aku memang tarik diri dulu lah. Aku tengah ulser time tu hehe :p Semua group main tiup belon besar-besar and pecah sendiri tapi kiteorang tiup agak-agak sederhana besar cenggitu, kiteorang tekan je belon tu sampai pecah haha *cheating* Tapi kiteorang kalah jugak, nombor 3. Watlek watlek.





Lepas game ni pulak, kiteorang main game CARI GULA-GULA DALAM TEPUNG :B Yang ni semua kena main. Aku dah macam apa dah dekat situ :'O Kiteorang kena tiup belon yang kiteorang dapat time mula-mula tadi pastu peluk dekat belakang. Then lari pergi kat pinggan pastu ambik gula-gula guna mulut. Dah lah pinggan tu atas lantai. Terpaksalah tertonggeng-tonggeng dekat situ. Lol :D Lepas dah habis gula-gula tu kiteorang cekau, kiteorang kena pecahkan belon tu dengan duduk atas dia hahaha. Yang ni pelik sikit. And tadaaaaaa kiteorang menang! Weehooo! n_n






Game seterusnya *drum roll* present BALING BELON AIR. Wooooooooooo! Game dia macam ni. Orang depan sekali kena baling belon air tu ke belakang and dekat belakang tu ada ahli kumpulan yang lain. Past-past lah sampai orang belakang sekali. Orang last masukkan belon dalam baldi. Kalau time baling tu belon terlepas and pecah, kena ambik belon yang lain. Kan rugi tu. Last sekali, kiteorang dapat 1 je belon dalam baldi tu. Kiteorang dapat nombor 2. Okay le tu kan? Hewhew ^ ^v







Lepas habis game yang ke-3 tu, kiteorang rehat kejap. Time to eat. Part ni lah yang paling aku suka. Yeahhh aku memang suka makan. Sebabtu aku gemuk B) Don't be jelly bruh. Banyak gilaaaaaaaaaa makanan we. Time tu nafsu nak makan dah melonjak-lonjak dah muehehehe ^ ^/ Apa lagi? Makan je lah kan? XD



Lepas dah kenyang makan, kiteorang sambung main game yang ke-4. That is MUSICAL PAPER haha ;D  Selalunya, Musical Chair kan? Kali ni kiteorang kena pijak atas kertas, that's why panggil Musical Payper ngee~ Susah do game yang ni. Game ni macam biasa lah. Kena buat bulatan then pusing-pusing. Bila lagu stop, kena pijak terus kertas dekat tengah tu. Tapi lastly, kiteorang menang lagi weeeee! :D Sambil main game yang last ni, adalah several senior dengan Cikgu Che pergi beli Domino's Pizza. Dak eh howhow :D







Lepas dah habis game, sementara nak tunggu keputusan markah, kiteorang pun main 1 game ni tapi tak ikut group lah. Game dia ala-ala Anda Ada 60 Saat gitu. Kiteorang menggantung hanger sampai ke bawah. Partner mana yang mencatat saat yang paling pendek, dia lah pemenang tapi takde hadiah pun untuk game ni :)




Bila keputusan dah keluar, tibalah masanya untuk umumkan pemenang apa semua tu lah. Tempat ke-4 kumpulan Oren. Tempat ke-3 kumpulan Pink. Agak-agak tempat ke pertama dengan ke-2 group mana? Weehooo :) Kumpulan Biru nombor 1! Haha bangga sikit. Sikit je. So, nombor dua tersungkur kepada kumpulan Hijau => Okay le tu kan? Hadiah semua sama je. Hamper jugak. Saiz pun sama je. So, don't jelly be happy :D








Lepas habis penyampaian hadiah, kiteorang pun makan Domino's Pizza pulak haha. Eh banyak betul makan kan? Ye lah, penat bermain pastu mestilah lapar kan? Hahaha monster lah katakan ;D Lepas dah makan, kiteorang pun bersurai. Kbye. Esok sekolah.

Orang yang dalam gambar tu kata "Assalamualaikum dan terima kasih kerana penat membaca post yang panjang berjela-jela ni" :)





OLD | NEW
Author.



Assalamualaikum humankind. You're currently in my blog now. Nothing special and you'll not into it at all. Hewhew :p

oter lev hom




Find me @

twitter: @macaaaz
facebook: marlyana syaza
instagram: msyza_

degree's life begin.


Stop by.