Ridiculousness //
Make me feel like WOW.
12 December 2011 ✿ 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh :)

  • Hari ni mak aku ambik cuti sebab..... saje :D Kakak aku pun ambik cuti jugak sebab dia demam. Oh yeah! Pagi-pagi lagi mak dengan ayah aku keluar. Aku dengan kakak aku pun membuta je dekat rumah. Heee~ ^ ^, Dalam tengah tidur tu, dengar ada orang bukak pintu. Rupanya mak aku. Lol. Then, mak aku ajak kiteorang pergi sarapan dekat Maulana Food Court. Pergh, dalam hati dah melompat-lompat dah. Lama tak makan dekat situ. Sedap pulak. Lagi-lagi nasi lemak dia. Memang PERGH tak terkata. Cepat-cepat bangun and bersiap.

    Sampai-sampai je kedai dia. MAK AIHH. 
    Kedai dia dah dua tingkat woo. Kedai mamak ni maju gila kot sekarang. Dari dulu, macam gerai je. Sekarang, macam restoran 5 star. Kay lebat. Tapi ala-ala gitu lah ^ ^' Lepas habis makan, balik :)

  • Malam tadi... Tak. PAGI tadi dalam pukul 12 lebih, online kejap. Tengok-tengok ada ni.
     
    Tu kakak fasci aku time Bangkel Simfoni Untaian Muhabbah tu. Aku baca apa yang dia post tu. Serious rasa insaf :'> Kalau korang nak baca, ni aku ada copy. Khas untuk wanita. Kalau lelaki nak baca pun boleh jugak :) Renung-renungkan dan selamat beramal.

    "INSAFLAH WAHAI WANITA


    Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

    ‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

    Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

    • Suaminya.

    • Ayahnya.

    • Saudara lelakinya.

    • Anak lelakinya.

    Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

    Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

    Sahabat

    Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

    Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

    1. Tegur dengan tangan jika terdaya.

    2. Tegur dengan mulut jika terdaya.

    3. Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

    Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

    Orang yang melihat

    Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

    Jurufoto

    Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

    Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

    Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

    Penjual/ penyebar

    Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

    Pembeli/ pembaca

    Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

    Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

    Nauzubillah…"


    Dah baca? Insaf kan? So, sama-sama lah kita menutup aurat :) Kay babai.

OLD | NEW
Author.



Assalamualaikum humankind. You're currently in my blog now. Nothing special and you'll not into it at all. Hewhew :p

oter lev hom




Find me @

twitter: @macaaaz
facebook: marlyana syaza
instagram: msyza_

degree's life begin.


Stop by.